Friday, January 29, 2010

Salam Takziah - Abd Malek

Salam takziah buat Abd Malek Idris (EX-5A) sekeluarga atas kehilangan ayahanda tersayang pada malam semalam, 28 Januari 2010. Arwah menghembuskan nafas terakhir setelah bertarung dengan penyakit buah pinggang yang dihidapinya. Diharapkan Malek sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah untuk roh arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang beriman di sisiNYA. Amin..

Thursday, January 28, 2010

Berita Terkini

Assalamualaikum.

Kawan-kawan, saya baru terima berita daripada suami kawan kita, Ummi Balkiza Abu Bakar (ex-5B) yang mereka berdua mengalami kemalangan pada pagi ini. Mengikut kata suaminya beliau mengalami kecederaan yang agak teruk di kaki.

Dengan ini saya ingin meminta jasa baik kawan-kawan dan kenalan sekalian mendoakan kesihatan beliau agar beliau cepat sembuh.

Sekiranya ada di kalangan kawan-kawan yang ingin berhubung dengan beliau, boleh sms atau PM saya di facebook untuk mendapatkan nombor telefon beliau.